Terdapat 7 kekosongan sebagai Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17 (Jahitan) di Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA).
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
| |
| | |
| a) | lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau | |
| | | |
| b) | lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan | |
| | | |
| c) | memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan. |
Syarat Lantikan:
| (a) |
| >> sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,417.59 ]
| >> Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]
| >> Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,359.47 ]
| >> Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Peperiksaan Kemahiran Jabatan yang diiktiraf oleh kerajaan bagi ketukangan yang tiada piawaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]
| >> Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman dan kebolehan bekerja dalam perusahaan bagi ketukangan yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]
Deskripsi Tugas:
- Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
- Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
- Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
- Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
- Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
- Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
- Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
- Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
Tarikh tutup permohonan : 13 Januari 2014 (isnin) jam 11.59 malam
|
|
| | | |
|
|
| | | |
|
|
No comments:
Post a Comment