Terdapat 63 kekosongan sebagai Pembantu Pendaftaran Gred KP17 di Jabatan Pendaftaran Negara (lantikan tetap)
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
| a) | lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau | ||
| b) | lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan | ||
| c) | memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan. | ||
Syarat Lantikan:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM936.00 ] dan - kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
| Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2014 (Isnin) jam 11.59 malam. Permohonan boleh dibuat melalui laman web SPA http://www.spa.gov.my |

Sumber : http://www.spa.gov.my
No comments:
Post a Comment